Petua Hilangkan Batuk Berkahak Pada Bayi dan Kanak-kanak Dengan Hanya Daun Sireh Sahaja, Silakan Share

Petua Hilangkan Batuk Berkahak Pada Bayi dan Kanak-kanak Dengan Hanya Daun Sireh Sahaja, Silakan Share – Sebagai ibu, sekiranya anak atau bayi selsema batuk berkahak berterusan pasti akan membimbangkan. Bayi pula tak digalakkan dengan pengambilan sebarang ubat sekiranya berumur bawah 1 tahun. Pasti ibu-ibu diluar sana akan mengalami stress, risau dan tidak tenang dibuatnya.
-Tapi tahukah anda, terdapat bermacam cara dan petua untuk menghilang batuk bayi dan kanak-kanak yang berkahak dengan cepat, berkesan dan mujarab?Perkongsian dari Puan Shikin Jaiz ini akan membuktikan bahawa petua hilangkan kahak bayi ini sangat mudah untuk dipraktikkan. Petua mujarab ini telah dikongsi di media sosial dengan puluhan ribu perkongsian.
-Saya tergerak hati untuk mencuba petua yang sedang viral ketika ini menggunakan daun sireh untuk hilang batuk dan kahak bayi yang telah dikongsi oleh Puan Farhain Azmi. Petua Menghilangkan Batuk Berkahak Bayi Dan Kanak-Kanak Dengan Daun Sireh
-Secara kebetulan adik ipar memberikan daun sireh. Malam tadi bayi saya Eijaz mula batuk-batuk, hidung seperti ada hingus tetapi hingus itu tidak pun keluar, saya sapukan minyak Asma. Dia boleh tidur.
-Pada pagi esoknya, Eijaz kelihatan seperti tak selesa lagi, hidung seperti tersumbat. Jadi, saya ambilkan daun sirih, layurkan di atas api lilin, letakkan balm. Kemudiannya saya letakkan di dada Eijaz.
-Tak lama selepas itu, Eijaz bersin, keluar cendol hijau dan nampak kelegaannya di situ. Alhamdulillah.
1. Layurkan sireh pada api lilin atau dapur
2. Sebaiknya dua helai, sehelai untuk dada dan sehelai lagi di belakang badan baby
3. Selepas sireh dilayurkan, letakkan balm atau vicks di dada baby
4. Letakkan sireh di dada bayi dan belakang bayi
Insha Allah, berkesan dan mujarab. Selamat mencuba.

Silakan share ya !!


EmoticonEmoticon