Resepi Popia Nestum Rangup Viral

Resepi Popia Nestum Rangup Viral | Korang pasti malas nak keluar cari kuih raya dengan jalan jem dengan ramainya manusia, lag-lagi di jalan TAR kuala lumpur tu.. Letih. Apa kata korang buat popia nestum rangup ni, pasti sedap, cuma takutnya sebelum sampai hari raya korang dah makan habis,hehehe jom masak popia nestum nyum nyum nyum..

Bahan-Bahan:
1 bungkus popia
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula – kisar halus
1 cawan nestum – kisar halus
Lidi satay
Telur
Minyak masak
Cara Membuat:
1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay, tinggalkan dalam 1-2 cm untuk lekatkan dengan telur. Buat hingga habis.
2. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.
3. Potong kulit popia yang telah digulung tadi secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.
4. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.
5. Apabila sudah sejuk, tabur, horlicks, gula dan nestum kisar di atas kulit popia tersebut.
5. Gaul hingga semua kulit popia disaluti bahan di atas. Simpan dalam bekas kedap udara.

Siap!! Selamat berjaya. JANGAN LUPA SHARE YA!!

Sudahlah r0g0l Anak polis kini ustaz mengaku ra-ba wanita hingga menangis ketika buat rawatan islam.. Apa sudah jadi,mecemarkan nama baik USTAZ

Sudahlah r0g0l Anak polis kini ustaz mengaku ra-ba wanita hingga menangis ketika buat rawatan islam.. Apa sudah jadi,mecemarkan nama baik USTAZ |sejak akhir-akhir ini ramai manusia yang rela menjual agama demi memuaskan nafsu masing-masing. jika dahulu kita sering mengatakan bomoh r0gol pesakit ketika rawatan itu perkara biasa.



Namun sangat celaka apabila lelaki \yang bergelar ustaz juga melakukan perkara yg sama pemilik akaun Faizal zakaria merupakan pengajar di sebuah pondok 

artikel berkaitan: 

Mangsa Cabul Di tandas - ‘Dia Tutup Mulut, Tumbuk Perut Dan Muka’ :- Betul ke tidak ni...


namun sejarah uztaz ini telah terbongkar melalui akhbar suatu hari dahulu ini petikan akhbar





No automatic alt text available.


keratan akhbar di atas kes lama namun printscreen dibawah adalah kes baru anda baca dan nilaikan sendiri

menerusi akaun fb netizen leya kaisara seorang ustaz telah mendedahkan beliau ra-ba seluruh tubuh seorang wanita 

berikut printscreen yang menjadi tular dilaman sosial 


kejadian  yang terbaru ustaz ini lakukan & mangsa telah buat laporan polis





Image may contain: 2 people, text
jadi kepada anda yang ingin mendapatkan rawatan islam pastikan bertemu dengan orang betul atau pergi biar berteman 

menganai ustaz ini menurut sumber terbaru laporan polis telah dibuat pada 23/5/2007 sekrang ianya telah jadi kes polis  

**KAT SINI ADMIN NAK GTAU KERANA SUSU SETITIK HABIS>>>KORANG SAMBUNG. LEPAS TU BUAT LAH IKTIBAR DAH PENGAJARAN. #jangankencam

PM KECEWE KE SULTAN DOAKAN UMNO KALAH PRU14? BACA SELANJUTNYA...

PM KECEWE KE SULTAN DOAKAN UMNO KALAH PRU14? BACA SELANJUTNYA... PRU 14 semakin hampir tiba namun penyokong UMNO dan kepimpinan UMNO sendiri dapat meramalkan mereka akan menang bergaya dengan kerjasama terjalin bersama PAS...



-Jadi tak hairanlah mengapa netizen turut mengecam PAS kerana bersekongkol bersama UMNO yang telah sekian lama menghancurkan Malaysia dan menjual khazanah negara kepada CHINA

-pelbagai isu dan skandal yang tidak dapat dijawab akhirnya Najib memecat orang-orang penting dalam UMNO sendiri hingga tertubuhnya PARTI baru

-mungkin anda juga dapat lihat video dibawah dengan text :

Ni baru sebahagian kecil pembeli dan pemiliknya.....bayangkan kalau dah siap forest city dan bandar Malaysia Sg Besi..... Nak tempik Hidup Melayu pun dah xada guna...




##ADAKAH CHINA HEBAT ATAU MELAYU LAYU??

1- Terpaksa sewa panda jutaan ringgit
2- Terpaksa jual proton yg dibanggakan
3- Terpaksa jual tanah melayu kpd China
Apa lg selepas ini? Nak tunggu keris tak bersarung gadai semua yg kita ada? Masa tu baru nk menyesal???

Kau sibuk takut cina DAP ambil alih negara tp kau sokong China Bukit ambil terus aset negara. Kau

"MELAYU PALING BANGANG"!!!! TAK PAYAH LAUNG HIDUP MELAYU LA KAYU!!!

Nak jadi ahli takpa tp jadilah ahli yg pandai mengkritik demi memperbaiki pucuk pimpinan bukan jadi ahli kayu yg backup apa saja walaupun kau tau itu salah.
#BumiDipijakMilikOrg #BukanMarahNiNasihat #ApaNasibAnakCucuKita sharing dari   - Amer Mohammad 


jadi tidak hairanlah mengapa Sultan Melaka berani mendoakan Najib dan Umno tewas PRU nanti.. Hahaha apa sudah jadi - sumber




SEDIH DENGAR KATA_KATA PAK CIK INI - “Kau Kedekut Dengan Mak Ayah, Hidup Kau Akan Sempit Walaupun Laki Bini Gaji Puluh Ribu..Ingat Pesan Aku”

SEDIH DENGAR KATA_KATA PAK CIK INI - “Kau Kedekut Dengan Mak Ayah, Hidup Kau Akan Sempit Walaupun Laki Bini Gaji Puluh Ribu..Ingat Pesan Aku” | “Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita..Betapa CELAKAnya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya..”


 
Berapa ramai yg sediakan satu bahagian gaji untuk diberi kpd ibu bapa setiap bulan? Adakah kita kedekut kepada ibu bapa? Pernahkah kita berkira untuk membuat bakti kepada mereka? Persoalan di atas hanya diri sendiri yang boleh jawab.
 
Barangkali, inilah satu-satunya perkara yg menjadikan gaji kita tak berkat & tak pernah cukup. Perasan tak?
 
Seorang pengguna FB Zakuan Faiz telah menulis satu coretan mengenai perkara ini yg pasti mampu membuka mata kita semua. Baca coretannya di bawah:
 
SYURGA PALSU UNTUK ORANG BODOH
 
Aku tidak dapati, doa yg lebih mujarab daripada doa kedua orang tuamu. Khususnya ibu.
 
Aku dapati begitu ramai orang hebat, khasnya para ulama yg mulia, melainkan mereka didoakan ibu mereka secara khusus.
 
Ramai yang tak menyedari anugerah yg begitu hebat ini yg mana mereka adalah pintu-pintu syurga, doa mereka umpama doa nabi-nabi, tapi pada kita, mereka hanyalah tempat untuk kita serahkan baby untuk dijaga.
 
Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita. Betapa celakanya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya.
 
Alasan mereka, hidup susah, banyak hutang, semua kena kerja, anak takda siapa jaga.
 
Sebenarnya barakah yang sudah hilang. Hinggakan para wanita terpaksa bekerja, keluar dari rumah, melanggar fitrah mereka, bergaul dengan lelaki ajnabi secara bebas, suami mereka menjadi dayus. Ada juga yang bukan terpaksa tapi kerana suka-suka. Sebab nak ada duit supaya boleh shopping baju kasut beg tangan penuh satu rumah.
 
Lelaki menjadi lemah, tidak lagi seperti “Rijal” pada zaman Rasulullah. Cukup seorang untuk beri nafkah, kerana mereka Qana’ah dan Allah limpahkan barakah.
 
Akhirnya ibu dan bapa yang patut kita jaga sebagai pintu syurga, akhirnya menjadi hamba kepada kita.
 
Bila kita dah mula kaya, anak-anak dah besar, baru terfikir nak balas jasa ibubapa. Tapi waktu itu sudah terlambat, tak ada nikmat dunia lagi yang dapat gembirakan mereka. Bawa melancong, kaki mereka sakit. Bawa makan, mereka perlu berpantang. Bawa ke taman, tak larat berjalan.
 
Yang mereka mahukan ketika itu hanyalah anak mereka sebagai teman.
 
Tapi demi Allah mereka tak mampu berikan sebab hanya sibuk mengejar kekayaan.
 
Akhirnya syurga mereka pun pergi. Satu-satunya peluang mereka ke syurga secara jalan pintas telah pun tertutup.
 
Waktu itu tiada lagi guna untuk menyesal. Anak-anak yang membesar “dengan orang lain” juga kurang mesra dengan kita, kerana tak pernah diberi perhatian dan kasih sayang selayaknya.
 
Akhirnya anak-anak muda menjadi sampah raver, hipster dan entah apa kejadah lagi. Yang perempuan hilang dara seawal darjah tiga, yang lelaki melayari web lucah seawal tadika. Ibu bapa tak pernah ajar agama.
 
Anak-anak membesar menjadi penderhaka. Memaksa ibubapa derhaka tadi menitiskan air mata.
 
Semuanya dah terlambat.
Sejak awal lagi kau salah kira.
Sejak awal lagi kau terlibat riba.
Sejak awal lagi kau sibuk kejar dunia.
Sejak awal lagi kau makan semua benda.
Sejak awal lagi kau tidak menjadi hamba.
 
Kepada yang masih ada ibu dan bapa. Khidmatlah kepada mereka sekarang, selagi mereka masih hidup. Bawalah mereka ke mana mereka mahu pergi. Korban kan dunia mu.. sudah-sudah lah kejar dunia yang tak berkesudahan…. Tak kan kau nak biar mak bapak kau mati membawa hati yang kecewa…
 
Sekurang-kurangnya balas lah jasa mereka, buatlah mereka tersenyum, belanja lah mereka makan, bawak mereka berjalan, khidmat mereka walau terpaksa ambil cuti, mintak doa mereka pada setiap perkara, hubungi mereka walaupun tak ada benda nak kata, cukup mereka dengar suara kita dan kita dengar suara mereka. Jangan sia-siakan syurga itu.
 
Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Waktu khidmat, niatlah untuk sukakan Allah. Saya berani gerenti dengan nama Allah , Allah akan mudahkan semua urusan dunia akhirat kita. Allah akan murahkan rezeki kita. Saya dah alaminya.
 
Ramai orang kedekut dengan ibubapa sendiri. Tak pernah bawa ibubapa ke restoran mahal walau sekali. Bukan nak tunggu kaya, bukan nak bajet kaya, tapi ia akan buat ibubapa sangat gembira kerana dihargai sangat-sangat. Bawak awek luar nikah ke restoran mahal dia tak rasa apa. Bawak ibubapa, dia kata bazir.
 
Pengalaman saya sendiri, kalau saya ada masalah kewangan, saya akan belanja mak ayah saya makan tempat mahal, atau saya keluarkan sejumlah wang besar dan terus hadiahkan pada ibu ayah. Kalau ikut logik, harta akan semakin berkurang, dah la tengah gawat.
 
Tapi tak… Orang munafik yang tak ada iman je akan fikir macam tu. Orang beriman pulak diajar oleh Rasulullah, lagi banyak harta kita keluar untuk Allah, apatah lagi untuk gembirakan ibu bapa, harta kita akan melimpah-limpah digandakan.
 
Jadi korang rasa, korang sempit kewangan sebab apa?
 
Sebab korang kedekut. Wallahi korang kedekut. Akui ia. Dan bertaubat kepada Allah. Walaupun korang memang ada keluar sedekah. Tapi akuilah korang memang kedekut. Keluar sedekah sikit pun berkira-kira. Kalau betul korang tak kedekut, pernah tak korang bagi seluruh gaji korang pada mak bapak korang untuk satu bulan? Ekstrim kan?
 
Mestilah tak pernah! Gila! Nanti nak makan apa!
 
Ok, kita turun sikit….
Pernah tak masukkan not biru RM 50 dalam tabung masjid?
Not biru memang selalu…. Tapi bukan RM50…
RM1 je….
Tengok tu… Kedekut kan?
 
Lepas tu mengadu kat Allah, kenapalah aku hidup sempit, ini tak cukup, itu tak cukup . Ni semua mesti salah Najib!
 
Orang yang berkira-kira dengan Allah , Allah pun akan berkira-kira dengan dia. Ingat ni sampai bila-bila. Kalau nak hidup sempit, berkira-kira lah dengan ibubapa kita . Try it, experience it. Hidup kau konfem akan sempit walaupun laki bini kerja hebat, gaji puluh ribu sebulan tak termasuk OT.
 
Gembirakanlah ibu bapa mu. Insyaallah Allah pasti akan betulkan segalanya dalam hidupmu. Jangan perhambakan ibubapa mu, diorang dah jaga kau dari kecik, kau jagalah anak kau sendiri. Sampai bila nak hidup menyusahkan mak bapak. Patutnya mudahkan mereka, layan mereka macam raja, permaisuri. Bukan jadikan mereka sebagai bibik.
 
Yang wanita, jadilah surirumah, didik anakmu sendiri seperti semua srikandi Islam. Tokoh-tokoh agung dunia dalam sejarah Islam semuanya lahir daripada madrasah rumah yang diketuai oleh IBU mereka.
 
Sekarang rumah hanya jadi panggung wayang, untuk tengok cerita Korea dan raja lawak. Hanya jadi restoran, beli meja mahal dan makan sedap-sedap. Jadi pusat karaoke hari-hari layan lagu dari program realiti.
 
Maka yang terhasil dari rumah-rumah zaman sekarang hanyalah sampah masyarakat. Pastu bajet Soleh, bajet solehah, tak boleh ditegur, melenting bagai nak rak.
 
Di luar sana, memang ramai orang “kaya”. Tapi majoritinya kaya palsu.
 
Rumah besar, kereta mewah , tapi semuanya hutang. Hutang riba pulak tu. Harta mereka hanya kertas dan nombor dalam skrin, yang tiada nilai aset.
 
Dan kehidupan itulah yang kau kejar. Yang penuh tipu daya. Bajet diva, tapi penuh riba.
 
Aku sikit pun tak heran pada mana-mana orang kaya zaman sekarang sebab tahu mereka semua posers, fakers, palsu, cetak rompak.
 
Kehidupan itu yang kau carik?
Hingga tanggungjawab kau abai?
Mak bapak kau hambakan?
Anak-anak tidak diberi agama?
Allahu…
 
“Jangan kau terjun ke dalamnya, kerana syurganya dajjal itu hakikatnya adalah neraka.”
 
Nota: Tulisan ini adalah kata hatiku untuk diriku sendiri. Aku mencela diriku siang dan malam agar aku tidak leka dengan angan-angan dunia yang penuh tipu daya dan menjaga ibubapak ku dengan baik. Merekalah syurgaku. Dan aku rasakan ia mungkin bermanfaat bagi sesetengah orang yang berakal, jadi aku decide untuk share disini. Moga ada manfaatnya.
 
 

Akhirnya NUR SAJAT Tayang BF di Instagram, Tapi Komen Wanita Ini Sangat Win.. Ermmm Apa yang ada apa yang tiada tu? Peninglah..

Akhirnya NUR SAJAT Tayang BF di Instagram, Tapi Komen Wanita Ini Sangat Win.. Ermmm Apa yang ada apa yang tiada tu? Peninglah..

Akhirnya NUR SAJAT Tayang BF di Instagram, Tapi Komen Wanita Ini Sangat Win.. Ermmm Apa yang ada apa yang tiada tu? Peninglah.. | Jutawan kosmetik Nursajat tidak perlu diperkenalkan lagi, jutawan yang sentiasa mencetus tanda-tanya mengenai status jantinanya sehingga kini masih kekal sebagai misteri.



-Terbaru, Nusajat menerusi laman Instagram beliau telah memuatnaik gambar momen-momen bahagia beliau bersama teman lelaki beliau.

-Berdasarkan kepada gambar-gambar yang dikongsi oleh Nursajat, teman lelakinya ini memiliki tubuh badan yang sado dan gagah yang sememangnya menjadi idaman setiap wanita di luar sana.




-Perkongsian terbaru Nursajat ini kemudiannya telah menarik perhatian follower-follower beliau di Instagram yang mengambil kesempatan untuk memberikan pendapat mereka dengan meninggalkan komentar mereka di ruangan komen di laman Instagram jutawan tersebut.

-Namun, di dalam banyak-banyak komentar yang ditinggalkan, terdapat satu komen yang bagi kami sangat win.



-Meskipun Nursajat cuba merahsiakan identiti kekasih terbaru beliau ini dengan meletakkan stiker pada wajah teman lelakinya itu, namun identiti insan yang paling disayangi beliau ini telah terbongkar apabila gambar seorang lelaki yang dikatakan menjadi kekasih beliau ini telah tersebar di laman media sosial.




-Berdasarkan kepada warna dan corak baju yang dipakai oleh lelaki tersebut, kelihatan kedua-dua lelaki di dalam gambar ini merupakan orang yagn serupa. Namun, apa-apa pun setakat ini belum lagi ada kenyataan daripada Nursajat sendiri mengenai perkara ini.

sumber

TOLONG BACA! HUKUM MERANCANG KELUARGA KERANA BERPENDAPATAN RENDAH

TOLONG BACA! HUKUM MERANCANG KELUARGA KERANA BERPENDAPATAN RENDAH  | Salam. Boleh saya tanya? Seseorang suami yg berpendapatan rendah, adakah perlu merancang keluarga? Anda merancang untuk tidak mendapatkan zuriat??


JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Para ulama berbeza pandangan tentang hukum tanzim al-usrah atau perancangan keluarga atas alasan kemiskinan.
Pendapat pertama:
Bagi mereka yang tidak membenarkannya, mereka berhujah:
  • Rezeki itu berada dalam ketentuan Allah, dan Allahlah yang menetapkan pembahagian rezeki bagi setiap anak. Allah berfirman dalam al-Quran:
وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُم مِّنْ إمْلاَقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ
Maksudnya: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka.
Surah al-An’am, (6:151)
  • Penyerupaan amalan Jahiliyyah yang membunuh anak-anak mereka kerana takut miskin, sekalipun kaedah ini hanyalah menghalang lahirnya anak-anak. Namun tujuannya adalah sama, yakni takut miskin, maka hukum tujuan ialah hukum wasilah (sarana).
  • Rezeki itu adalah milik Allah, dan perancangan keluarga kerana takutkan kemiskinan ialah suatu bentuk sangka buruk kepada Allah. Maka sepatutnya seseorang itu bertawakal kepada Allah kerana Allah akan memberikan rezeki kepada siapa yang Dia ingini tanpa hisab. Wajib baginya berbaik sangka kepada Allah kerana seseorang itu tidak mengetahui hakikat kebaikan dan keperluan yang sebenar seperti yang ditentukan oleh Allah. Firman Allah Taala:
وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ  
Maksudnya: Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya.
Surah al-Baqarah, (2:216)
Pendapat kedua
Bagi mereka yang membenarkannya, mereka memperincikan perancangan keluarga atautanzim al-usrah kepada tanzim al-nasal (perancangan anak) dan tahdid al-nasal(membataskan anak).
Tanzim al-Nasal merujuk kepada usaha untuk menjarakkan anak dengan menggunakan kaedah-kaedah seperti memakan ubatan pil perancang, melakukan persetubuhan pada waktu tidak subur, memakai kondom, melakukan azal (ejakulasi luar rahim), dan mengeluarkan air mani daripada kemaluan wanita selepas selesai persetubuhan dan memasang perantiintrauterine (IUD) bagi tujuan pemandulan sementara. Kaedah ini diharuskan denga syarat-syarat:
  1. Iktikad bahawa jika Allah ingin mengurniakan anak juga, tiada siapa yang boleh menghalang dan wajiblah pasangan memelihara kandungan dan menjaga maslahatnya.
  2. Tidak mendatangkan kemudaratan kepada pasangan khususnya isteri.
  3. Dilakukan dengan kebenaran dan persetujuan kedua-dua suami isteri.
Ini berdalilkan athar daripada Jabir RA:
كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالقُرْآنُ يَنْزِلُ
Maksudnya: Kami dahulu melakukan `azal pada zaman Rasulullah SAW sedangkan al-Quran sedang turun.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 5209) dalam al-Sahih
Ertinya, tiada larangan daripada al-Quran tentang perkara itu kerana jika ia dilarang nescaya al-Quran akan menyatakan larangan. Dalam riwayat Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang `azal, maka baginda menjawab:
مَا عَلَيْكُمْ أَنْ لاَ تَفْعَلُوا، فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ كَتَبَ مَنْ هُوَ خَالِقٌ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ
Maksudnya: Apa yang baik atas kamu agar kamu tidak melakukannya, kerana Allah telah menulis siapakah yang menjadi Pencipta (bagi setiap sesuatu) sehingga Hari Kiamat.
Dalam riwayat Abu Said RA menyebut:
لَيْسَتْ نَفْسٌ مَخْلُوقَةٌ إِلَّا اللَّهُ خَالِقُهَا
Maksudnya: Tiada suatu nyawa pun yang diciptakan melainkan Allahlah Penciptanya.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 7409)
Ertinya, jika Allah mengkehendaki seorang anak itu dikandungkan dan dilahirkan juga, tiada siapa yang boleh menghalang. Maka, pasagan yang merancang itu hendaklah reda, beramanah dan berasa tanggungjawab.
Manakala Tahdid al-Nasal menggunakan kaedah yang lebih melibatkan campur tangan perubatan yang kekal seperti pemandulan kekal dan melakukan pengguguran. Kaedah ini dianggap haram kerana melibatkan pengubahan ciptaan Allah, merosakkan asas kehidupan dan melakukan pembunuhan. Ini juga tindakan yang menafikan Allah sebagai Pemberi Rezeki bagi ibu bapa dan anak-anak. Apatahlagi jika ia dilakukan oleh wanita atau lelaki yang belum berkahwin. Pengecualian ialah bagi kes yang melibatkan masalah kesihatan yang mengancam nyawa seseorang wanita seperti risiko besar kematian atau menyebabkan masalah kesihatan yang kritikal bagi ibu akibat mengandung dan bersalin. Maka ketika itu, boleh dilakukan pengguguran sebelum kandungan mencapai umur 120 hari daripada tarikh persenyawaan berlaku, atau 106 hari daripada hari terakhir haid.
Fatwa-fatwa ulama
Imam al-Ghazzali  berpendapat pengguguran kandungan ialah haram mutlak sekalipun pada peringkat awal seperti nutfah kerana ianya asas kehidupan manusia. Namun, beliau beliau berpendapat bahawa azal ialah harus dan menyatakan beberapa niat syarie untuk melakukan azal antaranya ialah faktor ekonomi, kesihatan isteri, dan kecantikan isteri bagi tujuan kasih sayang berpanjangan antara pasangan bagi mengelakkan talaq. Beliau juga menyatakan faktor yang fasid (rosak) yang tidak boleh diterima dan berdosa seperti takut untuk mendapat anak perempuan.
Rujuk Ihya' Ulum al-Din (2/52)
Persidangan Majma’ al-Fiqh al-Islami di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Kuwait pada 1-6 Jamadilakhir 1409 H bersamaan 15 Disember 1988 M telah memutuskan, antara lain:
  1. Haramnya menghilangkan kemampuan reproduksi daripada lelaki atau pun wanita, seperti apa yang dikenali dengan pemandulan. Pengecualian diberikan dalam kes-kes darurat yang perlu ditimbang dengan kayu ukur yang Syarie.
  2. Dibolehkan untuk mengawal secara sementara kemampuan reproduksi dengan tujuan menjarakkan antara tempoh-tempoh kehamilan, atau menghentikan bagi tempoh tertentu, jika terdapat keperluan yang diambil kira oleh Syarak, berdasarkan persetujuan dan keredaan daripada perbincangan antara kedua pasangan yang sah, dengan syarat kaedah kawalan untuk tidak mendatangkan mudarat, berdasarkan kaedah yang tepat dengan syariat, dan tidak menzalimi kandungan yang sedia ada.
Rujuk Majallah al-Majma’ Siri 4 (1/73).
Syeikh Atiyyah pada Mei, 1997 melalui Dar al-Ifta’ al-Misriyyah mengeluarkan fatwa atas soalan hukum melakukan pemandulan bagi tujuan perancangan keluarga bahawa dibolehkan pemandulan atas alasan kesihatan atau selainnya bagi tempoh tertentu, dengan syarat kemampuan untuk reproduksi itu kekal dan boleh digunakan kembali apabila masa berlalu. Justeru, tidak boleh pemandulan itu dilakukan jika kesannya bersifat sempurna dan kekal sehingga hilang kemampuan dan fungsinya, melainkan wujudnya kemudaratan yang serius.
Rujuk Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah (47/10)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-28 yang bersidang pada 29 Februari 1991 telah membincangkan Sistem Susuk Norplant Dalam Program Perancang Keluarga Kebangsaan. Muzakarah telah memutuskan bahawa Sistem Susuk Norplant ini adalah harus digunakan. Penggunaan sistem ini hendaklah tertakluk kepada keputusan Muzakarah Kali Ke-12 pada 20 Januari 1977 yang memutuskan hukum mengenai Perancang Keluarga adalah seperti berikut:
  1. Memandul lelaki dan perempuan hukumnya adalah haram.
  2. Mencegah beranak atau menghadkan bilangan anak hukumnya adalah haram melainkan dengan sebab yang diharuskan oleh syarak bagi orang perseorangan.
  3. Menyusun keluarga dari kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga dengan cara yang selain daripada (1) dan (2) di atas adalah harus.
Rujuk Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa  Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (ms. 138)
Kesimpulan
Berdasarkan soalan yang dikemukakan, dibolehkan bagi kedua pasangan untuk menggunakan kaedah tanzim al-nasal yang diharuskan oleh Syarak bagi tujuan merancang keluarga dengan cara menjarakkan anak, bagi tujuan pengurusan ekonomi kerana berpendapatan rendah. Ini perlu disertakan dengan niat bahawa jika Allah berkehendakkan pasangan itu anak, maka tiada siapa yang boleh menghalang dan hendaklah pasangan itu reda kepada taqdir Allah dan bersikap bertanggungjawab.
Wallahua'lam. 
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber :muftiwp

Jom Kenali Wanita Melayu Yang Kini Aktif Nikahkan Pasangan Homoseksual.. Dunia Akhir Zaman

Jom Kenali Wanita Melayu Yang Kini Aktif Nikahkan Pasangan Homoseksual.. Dunia Akhir Zaman | MUNGKIN tidak ramai yang mengenali beliau sebagai penulis lagu bagi beberapa artis wanita popular tanah air antaranya Siti Nurhaliza, Ella, Fauziah Latiff, Ziana Zain, Farah dan Liza Hanim. Namun bagi pencinta gerakan seks songsang Lesbian, Gay, Bisekssual, Transgender (LGBT) di Malaysia, nama Zuriani Tan Sri Abdul Khalid Awang Osman amat terkenal bukan individu asing dlam isu amalan terkutuk itu...


 
-Lebih dikenali sebagai Ani Zonneveld, beliau mendakwa konon dalil dan tradisi agama Islam itu sendiri cukup mesra dengan perbuatan seks sumbang sejenis atau homoseksual yang diperakui oleh kebanyakan alim ulama.

artikel berkaitan: 

Mangsa Cabul Di tandas - ‘Dia Tutup Mulut, Tumbuk Perut Dan Muka’ :- Betul ke tidak ni...

 
-Wanita Melayu ini turut mendakwa konon negara Islam zaman dahulu amat toleransi dengan amalan seks sejenis hingga memaksa bangsa Eropah datang menakluk bagi ‘menyelamatkan’ kita daripada gaya hidup luar tabii itu.
 
-Menurut beberapa blog tempatan, Ani Zonneveldi, 54, kini lantang memperjuangkan hak supaya perlakuan LGBT diterima oleh umat Islam, dan beliau juga sedang aktif menikahkan pasangan homoseksual yang beragama Islam.
 
-Perjuangan beliau ke arah Islam mesra amalan seks songsang ini adalah salah satu penyebab penubuhan gerakan Muslims For Progressive Values (MPV) yang mendapat sokongan pengasas Sisters in Islam (SIS), Zainah Anwar.
 
-Secara kebetulan perintis SIS itu juga bertanggungjawab sebagai Penasihat kepada MPV. Ani Zonneveld secara terbuka berkata: “Salah satu daripada sepuluh prinsip kami adalah untuk memperjuangkan hak-hak LGBT.
 
-“Kaedah kami melakukannya ialah melalui program ‘LGBT Outreach’ yang diketuai oleh seorang imam beragama Islam yang juga seorang gay. MPV memilih posisi ini berdasarkan kepada teks-teks suci dan tradisi-tradisi Islam.
 
-“Alim ulama tidak pun menyerang kami. Hanya ‘budak mentah’ yang tidak kenal akan Islam sahaja melakukannya,” dakwa Ani Zonneveld sambil menegaskan konon perundangan Syariah tidak hukum orang sebab homoseksualiti.
 
-“Kita desak balik dengan pertanyaan: Di mana dalam Quran yang menyatakan sedemikian? Dari mana datangnya perundangan Syariah? Ia hanyalah ciptaan manusia,” sambung beliau lagi yang disiarkan menerusi sebuah portal.
 
-Menurut Ani Zonneveld, negara Islam masa dahulu secara lumrahnya adalah sungguh mesra dengan amalan seks sumbang sejenis, tidak sebagaimana umat Islam pada masa ini tidak bertolak ansur terhadap gaya hidup LGBT.
 
-“Komuniti Muslim sekarang sungguh tidak toleransi terhadap amalan seks sejenis dan itu adalah sesuatu malang. Mengikut sejarah, negara Muslim adalah lebih bertoleransi dan sangat menerima golongan gay dan mak nyah.
 
-“Ia sehinggakan negara Eropah terpaksa menakluki wilayah Arab atau Muslim apabila telah menuduh umat Islam sebagai ‘homo-tolerant’. Mereka terpaksa datang untuk menyelamatkan bagi memberi kesedaran kepada kita.
 
-“Itu (LGBT) telah menjadi tradisi Islam. Sungguh menerima,” dakwa Ani Zonneveld. Beliau turut menuduh mereka yang mahu menghukum golongan pengamal seks sumbang sejenis adalah kumpulan pelampau dalam agama.
Ia ujarnya, persis pengganas Daesh. Untuk rekod, militan yang dikenali sebagai ISIL itu, sering hukum mati pesalah LGBT termasuk campak pengamal seks terkutuk amalan kaum Sodom zaman Nabi Luth itu dari tempat tinggi.
 
Ani Zooneveld menegaskan, “Secara radikalnya ia balik kepada tradisi. Nabi Muhammad tidak menghukum sesiapa kerana menjadi homoseksual, tidak ada hukuman dalam al-Quran kerana menjadi homoseksual. Noktah!
 
“Apa bezanya di antara ISIL dan ramai imam di dunia ini? Saya lebih gemar memanggil mereka sebagai Daesh kerana ia tolak golongan LGBT jatuh dari bangunan tinggi dan jika tidak mati, mereka akan direjam dengan batu.
 
“Bahkan imam masjid memulaukan mereka, menggambarkan LGBT sebagai jahat dan menggelarkan pengamalnya dengan pelbagai nama yang buruk. Jadi apakah perbezaannya? Cuma dalam hukuman,” jelas Ani Zonneveld lagi.
 
 
Pasti ramai masyarakat Islam akan ‘geleng kepala’ baca pandangan wanita ini mengenai LGBT. Ia bukan sahaja sesat malah secara terang hina kesucian agama Allah SWT dengan fahaman liberalisme.
 

Sumber: Panduankini

Inilah Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia. Sungguh Luar Biasa (Baca Dan Sebarkan)

Inilah Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia. Sungguh Luar Biasa (Baca Dan Sebarkan) | Tolong baca,amalkan dan sebarkan. 

1) Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.



2) Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang ita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

3) Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

4) Apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
5) Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

6) Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

7) Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan.

8) Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

9) Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

10) Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.

11) Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.

Wallahu'aklam.

Perlu Ke Kita Basuh Tuala Wanita Sebelum Dibuang? Khas Untuk Wanita, Mesti Baca..

Perlu Ke Kita Basuh Tuala Wanita Sebelum Dibuang? Khas Untuk Wanita, Mesti Baca.. | Ramai dikalangan wanita islam tidak tahu dan ambil berat tentang penjagaan tuala wanita, bila sudah pakai buang saja, tengok sahaja di tandas awam berlambak tuala wanita dibuang begitu. Tahukah anda tuala wanita yang sudah dipakai perlu dibasuh atau dibuang begitu sahaja? Baca sampai habis



Assalamualaikum wbt
 
Saya terbaca semalam satu artikel menceritakan tentang kebersihan. Timbul pula isu membuang pad dan dari kebanyakan komen yang saya perhatikan, rata-rata wanita masih lagi mempunyai pemahaman bahawa pad disposable WAJIB di basuh sebelum dibuang.
 
Isu ini dah lama berlaku terutama di kalangan pelajar-pelajar perempuan di asrama. Kalau dulu, sampai ada sesi khas ‘torture’ terutama adik-adik junior disebabkan isu ini (nasib la saya termasuk akak senior yang cool dan tak terjebak..hehehehe)
 
Sebab apa?
 
Kononnya darah yang tak dibasuh nanti akan dijilat syaitan lah, jin la. Akan buat badan sakit la. 
Migrain juga kepala dengar hujah-hujah ni tapi takpelah, mari la saya terangkan satu persatu.
 
1: DALIL BASUH UNTUK KAIN
 
Kita lihat semula dari sudut agama. Kita di ajar supaya apabila pakaian terkena darah haid, haruslah di basuh/dikeruk sehingga hilang darah tersebut dan boleh pula di pakai utk solat. Ini kerana darah haid termasuk benda najis, berdasarkan hadith dari Asma puteri Abu Bakar, bahawa Nabi  bersabda tentang darah haid yang mengenai pakaian.
 
Ertinya: Hendaklah (perempuan itu) mengeriknya (darah haid tersebut) kemudian menggosoknya dengan air kemudian mencucinya, kemudian ia (boleh) solat dengan kainnya itu.” Bukhari dan Muslim.
 
Dalil yang menunjukkan hal ini, dari Asma’ binti Abi Bakr, beliau berkata, “Seorang wanita pernah mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian berkata, “Di antara kami ada yang bajunya terkena darah haid. Apa yang harus kami perbuat?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Gosok dan keriklah pakaian tersebut dengan air, lalu percikilah. Kemudian solatlah dengannya.” [1]
 
Shidiq Hasan Khon rahimahullah mengatakan, “Perintah untuk menggosok dan mengerik darah haid tersebut menunjukkan akan kenajisannya.”[2] Hal ini pun telah disepakati oleh para ulama.
 
Orang dulu-dulu memang pakai kain. Mana ada pad la, pad bergel la, tampon la. Jadi, utk digunakan semula, perlu lah basuh terlebih dahulu kain tersebut. Dan kebanyakan mereka juga mungkin ada kekangan dalam bilangan baju. Bukan macam kita yang se almari bajunya. Jadi bila baju terkena darah, kena la cuci bagi bersih sebab darah haid adalah najis.
 
2: TAK PERLU BASUH JIKA PAD
 
Dan ulama’ juga berpendapat, adapun kalau pad disposable yang tak digunakan semula, TIDAK PERLU basuh. Cukup lah di buang dengan baik (bungkus elok-elok, jangan sepahkah) dan lebih baik ditanam. Jika tak dapat tanam, buang dengan teratur. Kalau di asrama, adik-adik pakai la bekas RENTOKIL yang ade tu. Bukan letak kat tepi pintu tandas, flush dalam toilet or buang kat sinki, paham?
 
Macam UStaz Azhar kata kt video ni, ada tak orang letak kapas kat luka, then basuh dulu kapas tu sebelum buang? Takda kan? Sama juga la macam baby berak atas diapers yang disposable, kita cuci dulu ka taik tu bagi bersih-bersih baru buang? Tak kan? Tapi kalau pakai kain lampin atau cloth diaper, kita akan cuci sebab nk pakai semula.
 
3: JANGAN MENGADA-ADAKAN KHURAFAT!
 
Pasal hantu la jin la dok jilat, kome dapat mana nih? Cerita-cerita dari Mestika? Haiyaaaaa… tu la banyak beno masa tengok cerita hantu. Kalau dah elok di buang dengan baik, takde apa hal pun. Tawakal dan baca bismillah. Allah yang cipta darah kotor tu, dan kita bertanggungjawab jaga dengan membuangnya dengan baik dan tak main campak aje. Tapi usahlah memberat-beratkan. Tiada dalil, tiada nas. Guna pakai lah jumhur ulama’ punya pandangan ye
 
Termasuk dalam kepercayaan khurafat wanita yang beranggapan kain tuala wanita yang dipenuhi darah haid, hendaklah terlebih dahulu dibersihkan sebelum dibuang. Kononnya untuk mengelak dari dimakan syaitan dan seumpamanya. Kepercayaan ini adalah karut dan bertentangan dengan apa yang dilakukan di kalangan para wanita di zaman Nabi s.a.w. Abu Sa’id al-Khudriy r.a. bekata:
 
قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ وَالنَّتْنُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّ الْمَاءَ طَهُورٌ لا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ
 
Maksudnya: Pernah ditanya kepada Rasulullah s.a.w., apakah kami boleh berwudhu dengan air dari telagan Budha’ah, Iaitu telaga yang tempat dibuang kain tuala wanita (bekas haid), sisa anjing dan kotoran? Nabi s.a.w. menjawab: “Sesungguhnya air itu suci, tidak menajiskannya sesuatupun.”
 
Versi bahasa Inggeris (hadis dalam Sunan Abudawud)
 
(1) Narrated AbuSa’id al-Khudri: The people asked the Messenger of Allah (peace_be_upon_him): Can we perform ablution out of the well of Buda’ah, which is a well into which menstrual clothes, dead dogs and stinking things were thrown? He replied: Water is pure and is not defiled by anything.  (Book #1, Hadith #0066)
 
Kalimah al-Hiyadhu (الحِيَضُ) ialah kalimah plural untuk حِيْضَةٌ ia bermaksud kain yang digunakan untuk menahan darah haid, seperti dijelaskan oleh al-MUbarakfuri ketika mensyarahkan hadith ini. Hadith ini menunjukkan para wanita di zaman Nabi s.a.w.membuang kain tuala wanita dalam keadaan dipenuhi darah, tanpa membasuhnya terlebih dahulu. (sumber dari blog: http://saramsa-rawahil.blogspot.my/)
 
So, dah terjawab dah mitos ni?
 
Kalau rasa nak basuh, boleh je basuh. Tapi jangan pula jatuhkan hukum macam-macam sebab ianya tkde nas dan dalil. 
 
Lebih bagus lagi, pakai la cloth pad. Dah tentu jimat. Sebab pakai disposable pun korang basuh, baik le pakai yang boleh guna semula, tak gitu?
 

Sumber: Salwasaleh dan http://www.limaumanis.com

Bongkar Rahsia Kecantikan Wanita Indonesia Yang Ramai Tidak Tahu

Bongkar Rahsia Kecantikan Wanita Indonesia Yang Ramai Tidak Tahu – Wanita mana yang tak ingin memiliki kulit putih & bersih. Kulit bersih & juga cerah tentu akan membuat wajah terlihat semakin cantik & menarik. Berbagai cara pun ditempuh untuk mendapatkan wajah yg putih, tak jarang harga yg mahal pun harus mereka bayar untuk membuat penampilan semakin cantik.
Ternyata ada salah satu cara alami yang bisa kamu coba untuk tampil menarik dgn kulit putih Ladies. Kamu bisa mencoba menggunakan masker belimbing wuluh. Bila dikonsumsi, belimbing wuluh mampu memberikan antioksidan yg menjaga kulit dari radikal bebas dan membuatnya awet muda. Ini karena belimbing wuluh mengandung vitamin C dan vitamin A yg baik bagi kulit. Kandungan flavonoid dalam masker belimbing wuluh akan membantu kulit mendapatkan kembali kondisi terbaiknya sehingga bisa tampil lebih cerah dan cantik berseri esok hari.


Kali ini kami akan menghadirkan step by step untuk membuat dan mengaplikasikan masker belimbing wuluh untuk mencerahkan wajah hanya dalam waktu semalam saja. Yuk simak!

Bahan-bahan:
  • 10 buah belimbing wuluh
  • air hangat
Cara Membuat dan Aplikasi:
  • Cuci bersih belimbing wuluh.
  • Haluskan hingga lumat.
  • Tambahkan sedikit air hangat bila terlalu kental.
  • Bersihkan wajah dengan sabun pembersih wajah.
  • Oleskan pada wajah.
  • Diamkan selama kurang lebih 10 menit.
  • Gosok kulit wajah agar sel-sel kulit mati hilang dan wajah jadi lebih cerah dalam semalam.

Inilah Rahsia Kecantikan Wanita Indonesia Yang Ramai Tak Tahu

Waktu yang tepat untuk menggunakan masker ini adalah sebelum tidur. Lakukan terus treatment alami agar kulit lebih sehat dan juga terhindar dari berbagai gangguan kulit yang berbahaya. Selamat mencoba!.

Amalkan Petua Ini Untuk Hilangkan Segala Toksin Dan Racun Sebelum Tidur

Amalkan Petua Ini Untuk Hilangkan Segala Toksin Dan Racun Sebelum Tidur– Bawang putih merupakan salah satu makanan sihat yg perlu anda amalkan sebagai rutin harian. Bawang putih kaya dengan vitamin, mineral, enzim yg diperlukan oleh tubuh badan serta mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan. Dengan adanya petua ini,anda selalulah amalkan insyaAllah berjaya.

Antara manfaat bawang putih adalah menewaskan setiap jenis jangkitan kerna bawang putih mempunyai kandungan anti bakteria yg kuat, melawan juga mencegah pelbagai jenis kanser, mengubati masalah pencernaan, menurunkan kadar kolestrol, serta meredakan selsema.
Bawang putih juga dapat membersihkan tubuh badan anda dari racun & membantu anda menyelesaikan segala jenis penyakit yang anda hidapi. Berikut adalah cara-cara mengolah bawang putih untuk mengeluarkan racun dalam tubuh.

Potong beberapa hirisan bawang putih, kemudian tambahkan 1 sudu air dan masukkan perahan air lemon , & kemudian anda boleh mula minum. Ulangi prosedur ini setiap hari serta8 minum banyak air setiap hari untuk menyingkirkan toksin-toksin dari tubuh badan serta mengubati pelbagai jenis penyakit.
Sumber dari Natural Healing Magazine via sinar.fm