Bila perempuan sembang versus lelaki. Nampak tak perbezaannya? Bila perempuan sembang versus lelaki. Nampak tak perbezaannya?

Ini adalah pandangan aku berkawan dengan pelbagai telatah manusia yang ada pasangan sama ada lelaki atau perempuan.

1. Di sini sembang, di sana sembang


Perempuan : Jika ada pasangan perempuan anda selalu cakap “saya ni jahat, nakal. Saya harap awak boleh terima saya seadanya”. Korang lelaki boleh angkat kaki slow-slow sebab selalunya jenis macam ini dia hanya nak kau terima kekurangan dia saja, tetapi tidak kau. Kalau kau buat salah sikit, sayonaralah kau. Ini yang kita panggil “babi pun boleh terbang”. Member aku yang perempuan pun akui benda ini.
Lelaki : Jika lelaki cakap dengan ayat-ayat sweet kononnya nak bawa ke jannah kau jangan lah bodoh sangat mudah makan umpan. Dari jannah ke jahanam iye. Kadang lelaki ni nak “benda” tu je. Dah dapat dia blah la. Kau pulak terkontang-kanting. Kalau boleh cari yang biasa-biasa je. Kalau agama dia jaga lagi bagus. Tapi tula..yang bad boy jugak korang kejarkan. Aku suggest yg perempuan baca buku Steve Harvey, tajuk Act Like A Lady, Think Like A man. Dalam tu dia ada tulis tentang man always ask for “cookie” when they do a woman a favor. Cookie = return = sex. Buku ni bagus kalau kau nak faham macam mana otak lelaki ni berfungsi terhadap wanita. Best seller kat US.

2. Zero to Hero

Perempuan : Selalunya aku jumpa kenalan perempuan ni takde masalah untuk support lelaki dari nothing kepada mampu beli everything. But, ada jugak jumpa perempuan yang nak at least kena la ada kereta if ada emergency, bercuti dan rumah tetap. Padahal dulu sembang kalau boleh susah senang bersama, ketawa bersama, menangis bersama, ku bersumpah matipun bersama…tu korang sambung sendiri la. So, celah mana susah senang bersamanya? Alih2 lelaki tu ditinggalkan je.
Lelaki : Lelaki ni, bila dia dah ada everything memang susah sikit nak sekat. Contoh, dato red la. Dah ada bini dan kekayaan tapi still tak cukup bullred. But, ada je lelaki baik dan still bersama kau. Paling penting saling memahami dan ingat pengorbanan pasangan kau pernah buat.

3. Pahlawan papan kekunci

Perempuan : Yang ni aku rasa paling banyak dibuat kaum hawa la. Depa punya jihad tu lain macam perginya. Time bercinta bukan main kononnya sweet di media sosial. Tag pasangan kat gambar kucing la “ee comelnye ucuk acin ucuk masham2” pala bana. Saat bercinta tu kentut pun dia cakap bau buah mangga. Bila dah break tudiaa baqhang, aib ex pasangan bukan main dia jaja kat media. Allahurabi…nak lagi gempak dia luahkan kat page KRT. Maka mulalah perjuangan makcik2 bawang back up dengan mengibarkan bendera peperangan sebagai tanda jihad. Aku ada minta pandangan dari beberapa kawan baik perempuan, selalunya if perempuan buat ayat-ayat madah pujangga kononnya dia ada bukti @ record semua tu actually cuma nak menunjukkan dia tu innocent je a.k.a berdalih. Nak tutup salah dia maka buat lah ayat seolah-oleh dianiaya kat media sosial. Wallahualam..
Lelaki : Walaupun mulut lelaki ni jenis cakap lepas, tapi susah nak nampak depa ni update tentang pasangan atau buruk-burukkan pasangan even selepas break pun. So, kali ni kita beroleh kemenangan yang pertama..

4. Kisah silam

Perempuan : “Lelaki yg baik xkan tanya kisah silam”. Ayat ni femes dalam kalangan wanita masa kini. Memang dalam islam pun tak dianjurkkan untuk cerita kisah silam but, kita kena faham juga hati bakal pasangan kita. Kalau kisah lain tak cerita ok la, tapi tentang diri yg dah jadi “second hand” better bagitau. Bukan apa, takmau la baru seminggu kawen dah bercerai sbb “second hand” siap masuk siakap keli lagi. Malu beb family pun kena tempias. Dah la hantaran 20k boleh buat downpayment kereta lagi. Tell the true dia terima atau tak terpulang pada pasangan. Tak terima kau p cari lain yang boleh terima kau. Belambak lelaki kat dunia ni. So, kalau boleh jagalah kemaluan dengan sebaik-baiknya dan tak mudah makan umpan jantan keberet kat luar sana. Jangan muka kau familiar kat tumblr sudah la. Lagi cepat kantoi..
Lelaki : Lelaki ni pun bukan baik sangat pun. Yang rosakkan kaum hawa ni lain tak bukan lelaki jugak la. Takkan la sayur pulak yang rosakkan depa. Yedokk? Kalau boleh lelaki ni bimbing la pasangan sebaiknya. Jangan bab poligami je kau pong-pang pasal sunnah semua tu. Yang lain habuk pun takdak.
Sebenarnya, tak ada pun istilah “ada jodoh adalah” atau “jaga jodoh orang lain” jika hati tu memang niat nak setia dan tak melayan orang lain. Kau yang melayan lepas tu cakap “takda jodoh”. Merajuk sikit kau pergi cari lelaki /perempuan lain untuk dapatkan perhatian. Jangan hanya khilaf yg tak seberapa kau tinggalkan dia. Jangan hanya satu keburukkan yang dia buat, kau lupa 99 kebaikan yang dia pernah lakukan. Saling memperbaiki la. Aku minta maaf if ada terkasar bahasa. Ini just padangan peribadi aku dan harap doakan aku ditemukan jodoh yang baik dan mempunyai keturunan yang baik-baik belaka. Ewahhh..
P/s : Aku suggest korang baca buku tentang Anticonformity nukilan Benz Ali. Kat situ ada tulis lelaki menggunakan kasih sayang untuk mendapatkan seks. Manakala, wanita menggunakan seks untuk mendapatkan kasih sayang. Tapi tu la realiti masa kini. Alfatihah kepada sahabat karipku Siti Aishah yg telah kembali ke rahmatullah awal februari lps (1995-2017) antara orang yang selalu share pandangan dgn aku.
Sumber : Hariz Hashim


EmoticonEmoticon