Mangsa Cabul Di tandas - ‘Dia Tutup Mulut, Tumbuk Perut Dan Muka’ :- Betul ke tidak ni...

ALOR SETAR, KEDAH – Susulan kes seorang lelaki yang didakwa mencabul wanita dibelasah sehingga maut, mangsa tampil menceritakan kejadian sebenar. Mangsa Cabul Di tandas - ‘Dia Tutup Mulut, Tumbuk Perut Dan Muka’ :- Betul ke tidak ni...



“Saya duduk dalam tandas. Lepas itu saya dengar pintu tandas sebelah ditutup. Saya pun buka kunci nak keluar, pintu tandas sebelah terbuka, dia masuk dalam.

“Dia tutup (tekup) mulut, saya gigit tangan dia menyebabkan saya ditumbuk di bahagian perut. Saya cuba melawan dan menjerit meminta tolong. Dia tumbuk muka saya,” demikian kata mangsa dalam video yang dimuat naik oleh Liana Norziatul.

Mangsa terus cuba melawan dan menjerit meminta tolong menyebabkan lelaki itu menolaknya sehingga terjatuh sebelum melarikan diri.


Sementara itu, ibu kepada lelaki terbabit, Rusni Saad, tidak percaya dengan dakwaan itu yang menjadikan punca anaknya dibelasah.

“Siapa tak sedih kalau perkara ini berlaku pada anak sendiri,” katanya.
Adik bongsu lelaki terbabit, juga terkilan abangnya tidak diberi peluang untuk membela diri dan dipukul tanpa belas kasihan.

*Terlalu banyak version,ada kata si mati itu tersalah tandas, kita sebagai orang islam seharusnya unsur periksa dahulu,bawa kepada yang berhak menentukan salah ke tidak,jangan kita terus menghukum dalam sesuatu hal. Inilah budaya kita,nampak salah sikit terus pukul tanpa unsur periksa.

komen-komen dari pengguna facebook adanya betul juga..biarlah pihak berkuasa menyiasatnya.Benda sudah jadi..jadilah iktibar buat kita. admin fikir pun kalau normal punya orang,bila tersalah masuk tandas automatik kita akan mintak maaf atau terus keluar dari tandas. ALLAH SAHAJA yang tahu,kita doakan yang terbaik untuk mereka semua.



Sumber: http://sehinggit.blogspot.com


EmoticonEmoticon