"Ada yang cakap saya geladangan,ada cakap saya penagih,Jangan fitnah..biasalah resam kehidupan,bila tua ramai yang dilupakan" -Toki

"Ada yang cakap saya geladangan,ada cakap saya penagih,Jangan fitnah..biasalah resam kehidupan,bila tua ramai yang dilupakan" -Toki | Dunia ini ibarat roda, kadang-kadang kita berada di atas dan kadan-kadang kita berada di bawah, itulah namanya lumrah kehidupan.

-Sekiranya hari itu, kita dikejutkan dengan penemuan seorang bintang popular era 80-an, Ben Nathan yang ditemui berkeliaran dalam keadaan yang tidak terurus di sekitar Brickfields, Kuala Lumpur pada bulan Februari yang lalu.



-Terbaru, seorang pengguna Facebook, Engku Lokman menerusi page Ohmedia telah berkongsi pengalaman bertemu penyanyi lagu ‘Hampa’ itu dalam keadaan daif di sebuah stesen minyak yang tidak dinyatakan lokasinya.

-Tadi terjumpa dengan To’ki di Petron, kami ada bersembang tentang kehidupan beliau. Sebegai seorang bapa, saya sangat terkesan apabila beliau meminta sedikit ihsan untuk anak dan isteri beliau makan, kerana saya juga punyai anak dan isteri.

-Sedih sangat tengok keadaan mereka, dia tidaklah meminta, cuma cara beliau yang sangat peramah dan kita sendiri jadi faham akan niat sebenar beliau.

-Kenapa beliau boleh jadi begitu? Allahualam. Beliau juga ada beritahu yang beliau sudah siapkan beberapa buah lagi baru, namun tiada peluang yang dilihat kenana mahu makan pun sudah tiada modal, apatah lagi mahu gunakan duit untuk belanja yang lebih besar.



-Saya sebenarnya tidak pandai sangat mahu cerita apa yang beliau telah kongsikan dengan saya. Lagi pun, Ramadhan yang sudah tiba dan bulan Syawal yang bakal tiba. Semoga sedikit informasi yang saya berikan ini dapat menarik perhatian orang ramai supaya dapat membantu insan seni yang berbakat ini, yang juga saudara Islam kita.

-Kes Ben Nathan hari itu sudah selesai, mungkin rezeki beliau pula kan?
Kalau hari ini kita menabur budi, satu masa nanti pasti ada orang lain yang akan melakukan perkara yang sama kepada kita, tidak pun kepada anak-anak kita, ibu bapa kita atau orang-orang yang istimewa dalam hidup kita.

-Setelah berita kesusahan To’ki menjadi tular di Facebook, Zed Zaidi yang merupakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tampil memberikan bantuan kepadanya.
Pertemuan yang dibuat di Batu Caves pada hari Rabu minggu lepas telah menemukan Zed Zaidi dengan penyanyi itu.

-Di dalam pertemuan yang berlangsung selama satu jam itu, pihaknya cuba menyelami isi hati selain mendengar masalah sebenar penyanyi itu. bantuan bagi membolehkan dia kembali aktif dalam bidang muzik tempatan.

Kata Zed, dalam masa terdekat ini, To’ki akan kembali merakamkan lagu baru di studio milik Seniman secara percuma.


EmoticonEmoticon